Friday, April 30, 2010

::. Hati dah melayang ~ .::

Hehe.. hati dah melayang.. melayang ke mana?
melayang pi Kedah, pi Penang, pi CH!!
jasad jer ada kat opis skang ni.. tp jiwa dh merayap merata tempat.
ekceli pagi2 esok kitorg akan berangkat blk Jitra, Kedah.. tgk Tok..
lama wooo tak blk sana.. last skali time arwah Wan meninggal awal thn 2005.
now 2010.. lama tuuuu..
so, esok bertolak la kami anak beranak + emak + angah blk Jitra..
stay sana 2 ari.. pstu isnin pegi Penang plak, melawat sedara kat sana..
n than the next day, nak pegi Cameron Highlands plak..
FYI, ini ler 1st time saya nk menjejak kaki kat sana.. haha, sadis tul.. tak penah pi CH. tu yg teruja semacam tuh.
tp tak lama pun dok sana.. stay 1 mlm jer. 5hb blk KL, esoknye keje.
huhu.. nk buat camno.. kang cuti lama2, bos angin kus2 plak.
tp yg penting.. tetap rasa hepi dpt pegi!
dlm kepala dh list mcm2 nk beli..
blk Kedah, wajib beli ikan pekasam! bnyk2 ikan pekasam, ikan pekasam kat Jitra jer la yg menjadi pojaan hatikuuu. ikan pekasam lain mmg tak leh lawan la. Kalo dulu arwah Wan yg slalu bwk kalo dia dtg KL.. now, dah tak de sape nk tlg bwk.. :(
Pastu.. pi Penang.. nak cari jeruk.. hehehe
Pastu pi CH, nk beli segala benda yg ada kaitan ngan strawberry (nak balas dendam, sbb time ngidam ari tu tak dpt. ngeh ngeh ngeh...)

harap2 perjalanan kami pegi & blk dlm keadaan selamat.. aminnn

Wednesday, April 28, 2010

::. Senyuman Menawan .::

Tajuk entry.. tak agak2. ekeke...
menawan ke senyuman ku ini??
ekceli kene tag lagi.. sape lg yg rajin bg tag, kalo bukak Kak Leily ku cyg.. ngeh ngeh ngeh..

Kak Leily buat sbb nak masuk contest..
i malu ler, tetiba nk terjah masuk contest tu. hehe..
so, just siapkan tag jer la ye..
kene tempek senyuman yg paling menawan..


tak de la menawan mana pun kan?? ala2 senyuman malu2 meow. jgn tak tau.. time ni tgh cover, sbb amik gambo sndiri kat meja opis. kang org opis nampak, buat kene kutuk jer.. kui kui kui..

Tuesday, April 27, 2010

::. My Latest Power Puff Girls .::


Nur Khadeeja Aisya..
bukan main kuat melaram anak dara sorg ni.. time amik gambo ni, nak kuar beli brg kat Giant.. mama dia tgh mandi, dia bleh sakan bersolek.. dgn sapu eye shadow, dgn pakai lip gloss.. huhu.. tp ye la kan.. mana tumpah kuah kalo tak kat nasik.. hehe
so far, dah 2 tahun dia masuk tadika, bnyk improvement la jugak. dah buleh membaca, dh buleh mengira, dah buleh speking2 even grammar ntah ke mana. ekeke.. tak pe.. practise make perfect.


Nur Wafa Humaira..
ni pun bleh tahan kuat mekap gak. mana taknye, asik follow kakak dia jer. rambut tu since lahir tak penah potong. bnyk kali gak ajak dia potong rambut.. tp kejap jer la setuju. tak smpai 5 minit dia tukar fikiran blk. huhu.. tgk rambut dia, mmg sayanggg nk potong. curly dia tu best jer tgk. tp.. dia ni susah la sgt nk ikat rambut. huhu..
lg 1, sgt la manja ini budak. even dah ada adik, tp still bahasakan diri dia adik. kalo panggil dia dgn nama lain, mula la merajuk. (huhu.. dia jugak sgt kuat merajuk). thn ni genap 4 tahun, pelat tu still ada.. tp pelat2 dia tu la yg buat best nk melayan dia ckp. haha..


Nur Husnaa Nafeesa...
dak bambam ni plak.. time amik gambo ni genap umo dia 5 bulan. kalo letak, memanjang la meniarap.. pstu dok undur ke belakang. org pi depan, dia pi blakang. hehe..
minum susu dh pndai memilih.. kekadang tak nak susu saje, kene campo farly rusk baru dia nk minum. kecik2 pun akal dah banyak.. pastu sokmo nak ada org dekat ngan dia.. tgk tak de org jer, mula la bising mulut tu. tunggu la dia besar skit.. 1 geng la jugak nnt dengan kakak2 dia tu. huhu..

::. Peringatan Diri .::

Terbaca entry ni kat blog Kak Leily .. sgt berguna utk muhasabah blk diri sndiri. Lagipun sharing is caring kan.. (^_^)

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

Beratkan?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN??

Suami ..
kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh membantu.
Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebihpanjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak..
seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita
boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
sembahyang 5 waktu, puasa dibulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki
perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki,

tetapi ingatlah wahai lelaki..
kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...
maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..
supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

Monday, April 26, 2010

::. Segmen Selongkar from Kak Leily .::

yeay! dpt lg tag. haha.. suka tul.. bukan ape, bleh ar jd modal nk update blog. ngeh ngeh ngeh.. sementara bos takde, diri pun dah maleh nk ngadap keje, bleh ar buat..
amacam kak Leily?? pantas tak? ekeke..

rupe henbeg yg di bawak ari ni.. murah jer.. from sembonia. beli time sales kat sogo. ^_^


isi kandungan dia...


wallet from carlo rino.. kira wallet rasmi ler tuh. isi segala jenis kad.
yg bunga2 tu wallet tak rasmi. cap ayam.. utk bwk kuar time lunch, isi duit, henpon, dgn pass entry bangunan.


segala jenis sampah sarap. resit minyak, slip bank, resit tesco, giant, etc.. huhu


pass keje, pass entry nak naik bangunan nih, n kunci kete CLK ku..


buku nota ada 2, penanda buku ada 3, and novel yg sedang dibaca.. asik ler angkut ke hulu ke hilir novel tuh. abisnye blum jugak. kalo dulu sehari jer skali ngadap. skang ni sbulan pun susah. huhu..


bedak, lipstik, skaf, sikat, getah, tissue, pen.. sepit2 yg pink kaler tu si wafa pnye ye.. camno ntah bleh sesat. ekeke..


pendrive, tiger balm (benda wajib, sbb slalu sgt sakit kpla), gula2 n jamu (hehe.. jamu ni kebetulan dpt ari nih)

dh abis amik gambo nih, baru perasan ada brg tetinggal.. sbotol one drop perfume 'eternity' ngan skeping kotex. ngeh ngeh ngeh...

ha, lg 1.. gambo henpon pun tak dpt nk snap, sbb tgh gunakn khidmat dia utk snap gambo2 sume nih. tp pakai tepon sony K800i jer pun.. ( bile la impian ku nak tercapai nih.. Satio dh melambai2 suh amik dia. haha..)

sekian la dulu...

nota kaki : to kak Leily.. kalo rasa2 nk bg tag lg, saya sedia menerimanya.. hik hik hik =)

Wednesday, April 21, 2010

::. Expose Mistik .::

hari ni hari rajin meng'update' blog.. (^_^)
dah lama CT suruh cite pasal benda ni.. tp asik ler tak sempat.
so, ari ni nak byr utang kat CT. hehe..

dulu2..
time Deeja kecik2, slalu sgt dia pi tegur.. ada masa tu nmpk dia dok ckp sorg2, sembang mcm ada org depan dia jer..
slalu tempat yg dia tegur kat area tangga.. kekadang tetiba jer dia pi tekup muka dia. tp ada 1 masa tu ler yg buat kitorg tersentap jap.
habit dia.. kalo basuh tgn, pkai handwash per sume, dia akan tujukn tgn dia ke muka kita smbil tnye "wangi tak?". ada la 1 mlm tu.. dia tgh basuh tgn dgn ayah dia, memula dia tnye, "ayah, wangi tak?" ayah dia pun jawab ler.. "wangi..." pstu dia gosok2 lg tgn dia, pstu dia halakn tgn dia kat tingkap tepi sinki tu plak smbil tnye "wangi tak?" huhu.. ayah dia nk cover line.. tlg jawab jugak "wangiiii.." pstu cpt2 blah. haha.. persoalannya.. dgn sapekah dia tanye?

ada lg 1 kejadian..
on d way blk dr Selayang, lalu kat depan hutan lipur Kanching.. elok2 kete lalu kat jambatan situ, dgn spontannya dia ckp sorg2.."eh eh.. bnyknye antuu.."
pstu singgah umah kakak ipar, anak buah bwk dia sbg peneman pegi umah member jap.. tgh2 jln tu dia pegi tegur.. "ciannye nenek tu.. dah tua, jln dgn kucing jer." puas ler anak buah tu melilau pandang keliling. mana ada sesape.. pokok2 jer ada.. huhu

start dr situ, kitorg mintak sorg ustaz ni buatkn air penawar kat dia.. Ustaz tu ckp, benda tu suka nak kawan dgn Deeja.. lps jer ustaz tu mandikan dia, bg minum air penawar, sampai skrg dia tak de tegur yg bukan2 dah..

tp skrg..
adik dia la plak asik dok tegur.. smpai nak pegi mana2 dlm umah tu pun dia takut.
memanjang ajak teman. jgn kata nk pegi dapo, sama2 duduk kat ruang tamu pun dia takut nk bergerak.. aduyaii..

ada 1 mlm time Dja warded kat hospital sbb denggi, tinggal la kitorg 3 beranak kat umah dgn adik saya yg last skali. saya tgh bertenet kat bawah, adik plak tgh bertenet kat hall atas. tetiba wafa sibuk nk turun bwh, saya pun pegi jer la amik dia. tgh turun tangga tu, tetiba dia mcm kelam kabut, ckp takut. saya mcm dh rasa something.. sbb semenjak 2 menjak tu mmg rasa lain macam skit dlm umah tu. tp tak nak bg adik takut + tak nak takutkn diri sndiri jugak, wat dono jer la.. pstu si kecik yg tgh tido dlm buai plak tetiba jer nangis kuat2. adoii.. lg la wat rasa lain macam. last2 call mak, mintak dia dtg..

bile mak dgn angah smpai, kitorg pun just borak2 kosong jer.. yg si angah tu plak, heret wafa naik atas smbil tnye kat tetiap 1 anak tangga "kat sini ada ape?" "sini ada tak?" tp sib baik la wafa ckp tak de ape2.. smpai ler diorg kat hall atas, angah risik2 lg tanya wafa.. last2 wafa ckp dia nmpk org laki.. botak, pakai baju kaler putih, ada kat anak tangga tgh2. huhu.. kelam kabut angah ngan adik yg last tu turun. tp yg harunye, diorg bleh tinggalkan si wafa tu terkial2 turun tangga sorg2. hahaha.. sabo jer la..

pstu kitorg decide, nak panggil org yg pandai tgk benda2 camni.. dtg la diorg.. masuk2 jer umah, sorg tu dh ckp, "kat luar pagar tu ada 2" huhu..
pstu lg sorg, terus zikir kat ruang tamu, pstu dia ckp mmg ada benda dlm umah tu..
1 kat master bedroom, 1 kat blk no.3, 1 kat blakang umah.. aduyaiii..
diorg jlnkan keje diorg, pstu diorg pagarkan umah..
kitorg pun lega la lps tu..

tp baru2 ni wafa mcm nmpk lg benda2 camtu..
kalo nak naik tangga, mesti dia akan pndang lampu kat dinding tangga tu dulu.. mcm nk tgk ada something ke tak kat situ.
ari tu dia ckp kat ayah dia, dia nmpk 'org' tu ada atas lampu dinding kat area tangga tu.
2 ari lps, tetiba dia ckp takut sambil tunjuk2 kat tingkap ruang tamu.. pstu tunjuk2 kat kerusi dpn cermin beso.. tp stail dia tu, mmg nampak mcm dia takut betul la.. nak tgk pun jeling skit2 jer.. tak pun, muka tekup kat badan kite, tgn jer dia halakan..
adehh.. skang ni bukan anak jer yg takut, mama dia pun kecut perut gak kalo nk naik atas. huhu..

::. Koleksi kasut ku.. .::





hihi.. entry tak de keje.. bos gi parlimen, PA mula la maleh. hua hua hua..
amik gambo ni time kemas2 almari kasut.. ekceli time amik gambo ni, ada lg kasut2 yg tak snap.. ada yg dlm kete, ada yg tinggal kat opis.. ada yg dah cabuk sgt.. hehe..
cite pasal kasut ni.. huhu.. sokmo kene tegur ngan Darbi, sbb kasut sepah2. dia kata belambak sgt. smpai kalo gi shopping ngan dia, tetiba singgah tgk kasut, dia siap2 warning.. kasut dh bnyk kat umah. haha.. pstu mula la compare ngan kasut dia.. ye la kan.. kasut lelaki, mahal.. 1 kasut lelaki, 3-4 pasang kasut pompuan leh dpt. tul tak? pstu lelaki tak kisah pkai kasut sama gi keje tetiap ari pun.. pompuan kene ar tukar2, matchkn dgn baju..

tp bnyk2 jenama kasut, Vincci tetap menjadi pujaan hatikuu.. sbb ape? sbb dia tahannnn.. dah buruk camne pun, smpai tapak kasut naik haus, tetap elok jer dia.. tali tak putus, tapak tak lekang.. smpai kekadang tu, bnyk kali dok tukar tapak sbb dh nipis.. tp belah atas tu, still menten.. kualiti dia superb! kalo beli kasut2 lain.. pkai 2-3 kali, mula la tgk tapak ternganga la, tali tputus la.. huhu tensen jer..

ekceli selain kasut2, saya juga suka kumpul hand bag.. (^_^) tp benda tu pun slalu kene bising ngan my laling. sbb merata2 dia tgk saya letak hbag. atas katil, atas kerusi, atas ampai telekung.. ekeke..
pstu koleksi novel pun sgt2 minat.. haa.. yg ni my laling tak bising. sbb bahan bacaan kan.. hehehe.. skang ni dh tak muat nk susun kat rak novel2 tu.. tak campo novel dekat mmber2 lg.. tu pun dh lupe sape pinjam, tajuk ape, bape bijik.. dulu penah jual semua novel2, tinggalkn yg mana betul2 feberet jer.. tup2 skang ni penuh blk.. huhu.. rasa2 lps ni kene jual lg nih. nnt ler, ujung minggu ni saya snap plak koleksi bag & novel tu.. hehehe

::. Bengkel Keterampilan Diri .::

Entry sblm ni kan ada ckp saya pegi bengkel kat Port Klang kan.. Bengkel ni la yg saya maksudkan.. Anjuran Puspanita MOT, tp Jabatan Laut yg incharge.. Bengkel Keterampilan Diri bersama Zarina Zainuddin. Sgt la peramah Kak Ina nih. cantik pun ye jugak.. anak dh 4, tp body.. meletopss. huhu..
bnyk la jugak tips2 yg dia bg.. dlm ati dh tanam azam nk jd cantik cam dia. haha..
gambo tak bnyk sgt pun amik.. tgk ape yg ada jer la ekk..


::. Dari mana dia dtg? .::

Baca tajuk, mesti tertanya2.. sape yg dtg? ekeke..
ekceli kejadian ni dh lama lps dah.. baru rajin nk update. ^_^
9hb lps, mcm biasa kuar umah seawal pg sbb nak pegi keje.. tp ari tu awal skit kuar, sbb nk pegi ke Port Klang ada bengkel keterampilan diri. pegi ambik adik kat umah mak.. (adik tumpang skali pegi keje) tetiba dia ckp ada ular kat umah.. huhuhu
dolu2 time zaman skolah, jgn kata nk tgk ular betul, tgk gambo ular pun bleh jd geli geleman. penah mmber2 usik, tunjuk gambo ular la, gambo ulat bulu la, melompat2 jerit sbb takut. nangis teresak2 pun penah.. bayangkan camne takutnye saya ngan ular tu.. tp ada cerita, ape yg buat saya dh tak takut tgk ular.. yg tu next entry la plak cite.. kang pjg lebar plak entry nih. hehe..

nak dijadikn cite.. saya konon2 dgn beraninya pegi tgk ular tu.. dh ler gulap gulita, lampu kat porch umah mak plak terbakar, suluh ler dgn lampu torch light yg ala2 nak tak nak jer menyala.. memula adik nmpk dia melingkar atas almari kasut, skali dia menjalar gi turun blakang almari tu pulak.. suluh pnye suluh, nmpk ler skit badan dia.. tgk corak, mcm ular sawa.. huhuhu

ikutkn ati, nk tunggu situ smpai dpt tangkap ular tu, tp sbb dh lmbt terpaksa la tinggalkn mak dgn adik2 kat umah tu.. tp sblm tu minta tlg abg ipar Darbi dtg temankn sementara nk panggil bomba dtg. takut apa2 jd.. sbb tak confirm tu ular ape. Pstu abg ipar Darbi plak gi call plak adik ipar Darbi.. dah 2 org tu ada, dgn beraninye diorg nak tangkap sendiri ular tu.. Adik ipar Darbi tu dh biasa agaknye, mak kata tgk dia buat senang jer.. akhirnya dpt la jugak tangkap ular tu..

yg buat lg senang nk tangkap, ular tu tgh mamai sbb kekenyangan.. baru lps telan anak kucing org sbelah agaknya. huhu.. rupe2nye bleh tahan beso ular tu.. mak pun tak berani nk gi tgk dekat2. ambik gambo pun snap dr jauh jer.. isk.. kalo la saya ada time tu, rasa2 berani nk tgk dekat2 tak? ekeke..

tp yg musykil.. mana dtg ular tu ekk.. nak kata umah mak area hutan, tak jugak.. kiri kanan penuh dgn rumah org, belakang pun deret umah org.. dpn plak jln beso.. tp ada ler semak samun lalang skit seberang jln tu.. tp mcm tak logik la plak jd habitat ular sawa kat situ. smpai ke sudah tak tau dr mana ular tu sesat..

ni gambo yg mak snap pg tu.. layannn


Sunday, April 18, 2010

::. TAG 10 from Kak Leily .::

Jln2 ujung minggu kat blog kak leily, tetiba nampak nama di tag.. hehe
so, tgh busan ptg2 ni, daku pun merajinkan diri la utk jwb soklan2 tu sume..



Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya


[1] Siapakah diri anda di rumah?
- seorg isteri & mama kpd 3 org anak perempuan.
- kekadang jd mama tarzan, sbb geng 'powerpuff girl' ni terlebih aktif. huhu..

[2] Siapakah diri anda disamping rakan?
herm.. sape ekk..
- seorg kawan yg buleh ajak pegi mana2 terutama bab menghabiskn duit kat sogo ke, jln tar ke, midvalley ke.. ekeke
- ada jugak jdkan sbg tempat meluah perasaan. huhuu

[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
- tepon sony ericsson satio.
- kamera dslr.
- insurans pndidikan utk anak2.
- ubahsuai umah beso2
- anak lelaki

[4] Siapakah nama pasangan anda?
Muhammad Darbi bin Malik

[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
- soft spoken. (abaikan ayat omputih ni, blur ar nk cari ayat melayu. ekeke..)
- dada dia yg bidang. hua hua hua..
- mata dia..
- senyum dia..
- rajin tlg buat keje umah & jaga anak2.

6] Bila tarikh anda couple?
9 Mac 2002

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
herm.. maleh nk ingat yg pahit. buat menyakitkn + menyusahkan ati jer nnt.

[8] Lagu tema cinta anda?
dua insan - eva & ezad

[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
herm.. yg ni bior ler gitau direct kat dia jer kalo ada pun.. tulih kat sini, mcm bgtau keburukan dia la plak kan.. ekeke

[10] Tag 10 rakan ada yang lain
adehh.. ni yg susah ni. mmber blog tak smpai 10 org. haha..
mana yg ada jer la ekk..
- ct
- nissa
- wawa
- iris
- kak mida
- biemalik

sekian... terima kaseyyyyyy =)

Saturday, April 10, 2010

::. Sifat Seorg Wanita .::

Jalan2 kat blog CT, terbaca entry dia pasal rahsia wanita ni.. tetiba minat jugak nk tau kite ni wanita ape.. tanah ke, air ke, api ke, angin ke.. so, me tanah ler.. sbb anak sulung..

Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas


::. Wanita berunsur Tanah .::



Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar.

Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.

* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.

* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.

* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.


herm... nk komen sndiri, kang org kata perasan. jadik, org2 yg disekeliling jer la yg bleh menilai diri ini.. betul ke saya mcm tu??

Tuesday, April 6, 2010

::. Rumahku berasap .::

Smlm baru jer blk keje, tetiba org MPS dtg ckp nk wat semburan lg..
ni susulan kes Dja kene denggi ari tu ler.. dulu diorg dh penah dtg skali, tp time tu kitorg sume ada kat spital.. so, diorg bleh sembur area luar umah jer la..
kali ni no excuse dah.. nak tak nak kene bg gak diorg masuk dlm umah.
asap tak yah ckp ler.. berkepul2 tebal.. huhu
dlm ati rasa sedih jer.. "abis la dlm umah ni.. mesti berminyak sana sini, bau melekat tak hengat punye"

dah la diorg dtg time nak maghrib dah.. terpaksa la kitorg melepak kat luar umah tu senja2. paling kesian, dak tecik tu la.. mesti penin kpla dia dok bau asap tu. kite yg tua ni pun ting tong gak kpla bile bau benda tu. huhu..
wafa plak Darbi bwk lari dia jauh2, siap gi melepak kat lorong blakang umah lg.. sbb wafa dah nangis2 takut bile dgr bunyi mesin sembur asap tu. dia tu, segala jenis bunyi bising2, bunyi kuat, sume dia takut. motor lalu sbelah pun dia kelam kabut lari. Dja la yg heaven.. dpt main ngan member2 dia..

tgk mcm dah clear skit, baru ler kitorg msk umah.. tu pun ada lg asap. konon nk lepak kat atas, skali naik tgk2 penuh lg asap kat hall atas.. sabo jer la.. sib baik pintu master bedroom tutup rapat, lepak dlm tu la kejap kami anak beranak..
smlm sempat mop skali jer lantai umah.. terasa lg kesan minyak2 tu. weekend ni jer la wat operasi besar2an lap sume benda.. tak daya mok cik nk buat sume tu time ari keje. penatttt...







::. F1 2010 @Litar Sepang .::

Sabtu lps, 3hb sempat ler pi tgk jap sesi kelayakan F1..
kuar umah kul 11 lbh, pi parking kete kat opis, pstu naik LRT pi Stesen Sentral, pstu naik ERL smpai KLIA, pstu naik shuttle bas pi Litar F1.. punye la bnyk kenderaan kitorg naik.. tp terasa mcm kat oversea plak.. ekeke.. mana tak nyer, majoriti naik ERL ngan bas tu tu geng2 mat salleh jer..
smpai sana, jln2 tgk booth dulu.. (yg ni geng2 lelaki suka ler.. cuti mata abis tgk aweks2 seksi) pstu baru gi lepak kat Tower North..
pi tgk time sesi kelayakan, tak bnyk sgt ler kete dok race.. diorg lepaskn skit2.. tp bnyk tak bnyk pun, bingit gak telinga. huhu..
ikutkn ati, race day pun tingin gak nk gi tgk.. tp nnt kesian la plak kat anak2.. cuti 2 ari, tp mama ngan ayah tak de.. so, decide ngan hubby pegi tgk ari Sabtu jer la.. lg pun tak de la letih sgt nnt, sbb esoknye still cuti.
kitorg pegi ber-4.. me, hubby, 1 of my boss n mmber dia.. yg bestnye, my bos n member dia tu geng photoshoot.. so, kitorg ni kira dpt photographer la skali pi sana. baekkk punye dok posing sana sini. hehehe.. apa2 pun tenkiu to boss atas gambo2yg cantik.. lain kali kalo nk gi outing, nk model yg tak bertauliah, panggil la saya ye.. ekeke..
kitorg blk dlm kul 6 lbh camtu.. tp mak aiii.. berpusu2 la plak org tunggu shuttle bas. kitorg pun ape lg, jd la sardin jap dlm bas tu.. huhu.. smpai kat stesen ERL pun
sesak gak ngan org.. so, kitorg decide naik next tren.. sib baik dpt duduk..
sempat ler gak terlelap sementara nk smpai kat KL Sentral.. hehe
smpai KL Sentral, naik kete bos pi Dayabumi.. (lg skali, tenkiu boss sbb willing to antar kitorg..) akhirnye smpai Tsk Puteri dlm kul 9 mlm.. amik anak2 kat umah mak, pstu terus gerak blk umah MIL plak..
mmg best aktiviti ari tu!


dlm ERL.. on d way time pegi..


posing dulu bile dh smpai.. ^_^


cth suami mithali.. payungkn wife. hehehe...


muka hepi dpt dating pi F1. =)


ni muka dah penat plak..


akhirnye.. memasing tetido.. huhu

Friday, April 2, 2010

::. Al-Fatihah utk arwah Din Beramboi .::



Akhirnya.. Tuhan lebih menyanyangi arwah Pak Din.. even me bukan la peminat fanatik arwah, tp pemergian dia tetap terasa.. ini kali kedua me rasa sedih atas kehilangan artis tanah air.. 1st time dulu, arwah Hani Mohsein.. May b lawak dia yg spontan buat kita semua teringat-ingatkan dirinya..
Semoga ahli keluarga arwah tabah menerima kehilangan ini, dan semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg terpilih.. amin..

Thursday, April 1, 2010

::. Dayabumi "Terbakar" .::

Hehe.. tgk tajuk mcm gempak jer.. bile masa la plak terbakar.. ye tak?
ekceli, smlm ada fire drill kat sini.. tgh dok buat keje, tetiba alarm bunyi. ingatkan utk sesetengah tingkat jer yg kene turun, rupenye 1 menara ni.. huhu
sib baik ler dok tingkat 13 jer.. kalo lg atas2 nun, lg ler jenuh. silap2 dah rentung. ekeke..
sepjg 5 thn me keje kat sini, ni ler 1st time join fire drill.. sblm2 ni time diorg buat, asik tak de jer kat opis. best jugak bile wat camni.. even lepak kat tmpt panas, tp hepi go lucky jer sume.. sbb tak yah wat keje, tak yah ngadap bos. ekeke..
sejam lbh la jugak kitorg kene b'kumpul... bomba, polis, JPA3, sume pakat dtg.. mcm real jer ada kebakaran..
oh, tak lupe jugak.. kitorg sempat tu berposing.. dgn big bos terjebak kene posing skali. hehehe...
bile dh abis lakonan, sume b'pusu blk nak naik atas.. 1 hal plak nk kene b'sesak kat lif.. bau tak yah ckp ler.. mcm2 adaaaa.. huhu
kesan drpd fire drill smlm, sehari me sakit kpla sbb panas.. ari ni plak, betis rasa sengal2. mcm baru lps wat merentas desa zaman skolah la plak..
tak pe, yg penting kite enjoyyy.. tak caye? cuba tgk gambo kat bwh ni (^_^)