Thursday, August 19, 2010

::. Perpisahan yg abadi .::

Rasa mcm baru jer lg jmpe.. sembang b'sama, mkn b'sama, gurau b'sama..
masa tu dia sihat walafiat. Pak Ngah buat kenduri tahlil + kenduri utk sambut bln Ramadhan. Dia mcm biasa, tetap ramah melayan kitorg, melayan anak2 aku..
terngiang2 kata dia, sambil dia pegang perut aku "eh, along pregnant lg ke?"
huhu.. time tu dh terdetik dlm ati, "alamakk.. malu2.. perut buncit, sampai nmpk mcm peknen." pstu sambil cover malu, ckp kat dia "uik, mana ada. perut buncit arr"
dia pun ketawa.. "hahaha.. ala.. kalo ada lg pun ape salahnye.."

15hb, kul 10 mlm.. dpt call dr Angah, ckp dia ada kat Hosp Pusrawi. Koma.
terkejut la jugak, tak tau cite pun dia msk spital, tetiba dpt brita dia koma..
Dia demam panas.. tetiba lps waktu berbuka, badan dia kejang n terus koma lps tu.
tak terdetik pun kat fikiran, dia akan jd lbh teruk. sbb beberapa bln lps, aku penah ziarah kawan Darbi yg tgh koma.. skarang dia dh sihat, dh mula keje blk.
so, mind set aku pun pk camtu.. InsyaAllah tak de ape.. InsyaAllah nnt ok blk..
tp aku ajak Darbi pegi ziarah dia pg nanti.. Dah plan dgn Darbi, "nanti kite pegi sama2 tgk dia, pstu baru pegi opis.."

16hb @ 6 Ramadhan.. kul 5.45pg angah call.. tp tak sempat nk pick up. aku tgh siap2 utk ke spital. tetiba msg msk "Solehah dah meninggal".
Allahuakbar.. Hajat kami tak kesampaian utk tgk dia, utk bg kata2 semangat kat dia.
yg ada, hanya jasad dia yg sempat kami tgk utk kali terakhir..
terlalu cpt dia pergi.. terlalu singkat masa perjalanan dia..
betul ckp Pak Su..

"mati itu benar" ...
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati...
dan apabila ajal telah datang,tidak akan dilewatkan atau dicepatkan walau sedetik. Itulah fitrah kehidupan manusia di bumi Tuhan. Sesungguhnya kita adalah milik Allah. Kesemua anggota badan kita adalah milikNya jua.
Dan setiap hela nafas yang kita nikmati ini adalah atas belas ihsan dan kasih sayang Allah.
Penyakit itu hanya Penyebab ..


walau segunung kesedihan pun, aku redha atas pemergian dia..
dia pergi dlm bulan yg mulia. bulan di mana semua pintu2 syurga dibuka luas, dan pintu2 neraka ditutup rapat.
Allah lbh menyayangi dia. Aku yakin, dia bahagia di sana..
InsyaAllah, biarpun jasad dia dah tak de, tp kenangan bsama dia tetap tersimpan kemas dlm hati.
segala gurauan dia, kata2 dia, gelak ketawa dia, senyuman dia, tetap kami ingati.

Ada hikmah disebalik semua ini..
Pemergian dia, buat aku lebih mengingati mati.
Pemergian dia, buat aku lebih mendekatkan diri dgn Allah.
Pemergian dia, buat aku lebih menghargai dgn apa yg ada.
Sesungguhnya pemergian dia, buat aku lebih menginsafi diri yg selama ini selalu lalai.

Yah..
walaupun Yah sbg adik sepupu along, tp kehilangan Yah bagaikn along kehilangan adik sendiri..
Setiap waktu terluang, bila along teringatkan Yah, hanya gambar Yah saja yg tak jemu2 along tatap..
Along jadi rindu pada Yah.. rindu pada perangai Yah yg suka bercakap, yg suka ketawa, yg suka menyakat anak2 along..
Biarpun Yah tak membaca apa yg along tulis ni, sekurang-kurangnya hati along lapang bila dpt luahkan.
Along sentiasa doakan moga2 Yah ditempatkan dikalangan kekasih Allah.


Al Fatihah ..semoga rohnya dicucuri rahmat hingga selayaknya menjadi penghuni syurga dan ditempatkan bersama-sama dengan
para hambaNya yang diredhai dan dikasihi, Amin Ya Rabbal A'lamin.

Allahyarhamah Solehah Hj Mokhtar
16021994 - 16082010

1 comment:

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

Takzih n AlFatihah..
semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman..