Tuesday, May 11, 2010

::. Baby With Soother Or Feeding Bottle Contest .::



Hihi.. dpt tag dr CT pulak.. Buat muka tak malu pi join.. (ekceli tak penah masuk umah N.A.I tuan empunya contest, tetiba pi join skaki.. hehe )

Antara syarat2 dia...

1. Jadi FOLLOWER blog ni – ngeee..;) - udah dong

2. Buat ENTRY berkenaan dgn contest - pun sudah

3. COPY banner di atas and letak kat side bar blog u all dengan link sekali la. - siap!

4. Upload SATU atau DUA gambar anak yang berumur in between 0-4 tahun dengan PUTING atau BOTOL SUSU atau KEDUA2NYA sekali pn boleh tp jgn lebih dua keping. - dah upload

5. Sertakan sekali nama anak, tarikh lahir, dan email u all untuk dihubungi - dah letak

6. Sila TAG kepada member2 anda yang ada anak..berapa TAG pn xkesah at least SATU - huhu.. sape ekk nk tag.. at least 1 kan.. kite tag :

KAK MIDA

7. Dan last sekali JANGAN la lupa tinggal komen berserta linknya kalau tidak nanti cane N.A.I nk terjah untuk confirmation u all nanti. - orett..

fuhh! bnyk sungguh syarat2 dia. kene tgk betul2 nih, takut ada yg cicir. ekeke..

so.. gambo yg dipilih ialah...



amik gambo wafa ni sbb dia ler yg paling lama melekat ngan puting dia tuh. awal thn ni baru dpt stopkan dia. tu pun jenuhhhh.. terpaksa tadah telinga dgr ayat2 cinta dr dia mintak puting. hehe...

ok, nama anak.. NUR WAFA HUMAIRA BT MUHAMMAD DARBI
tarikh lahir.. 23 Nov 2006
Emel mama... lovelyngel83@yahoo.com

oh ye.. tarikh tutup contest ni 6.6.10.. ^_^

Sunday, May 9, 2010

::. Happy Mother's Day!! .::

Selamat Hari Ibu buat semua emak2, mama2, mummy2, ibu2, ummi2 & apa jua gelaran yg anak2 panggil..
thn lepas adiah hari ibu utk diri sndiri saya beli brg2 MAC.. thn ni nan hado.. tak beli ape2 pun. dah lari bajet, pi cuti2 Mesia pnye pasal. ekeke..
entry kali ni special dedicated to my emak & my MIL..
dua2 ni ada keistimewaan yg tersendiri di hati saya..

ratu hati saya... satu2nya emak yg tiada ganti..


my sporting MIL.. the best MIL in d world.. hehehe


SELAMAT HARI IBU.. <3 <3 <3

Friday, April 30, 2010

::. Hati dah melayang ~ .::

Hehe.. hati dah melayang.. melayang ke mana?
melayang pi Kedah, pi Penang, pi CH!!
jasad jer ada kat opis skang ni.. tp jiwa dh merayap merata tempat.
ekceli pagi2 esok kitorg akan berangkat blk Jitra, Kedah.. tgk Tok..
lama wooo tak blk sana.. last skali time arwah Wan meninggal awal thn 2005.
now 2010.. lama tuuuu..
so, esok bertolak la kami anak beranak + emak + angah blk Jitra..
stay sana 2 ari.. pstu isnin pegi Penang plak, melawat sedara kat sana..
n than the next day, nak pegi Cameron Highlands plak..
FYI, ini ler 1st time saya nk menjejak kaki kat sana.. haha, sadis tul.. tak penah pi CH. tu yg teruja semacam tuh.
tp tak lama pun dok sana.. stay 1 mlm jer. 5hb blk KL, esoknye keje.
huhu.. nk buat camno.. kang cuti lama2, bos angin kus2 plak.
tp yg penting.. tetap rasa hepi dpt pegi!
dlm kepala dh list mcm2 nk beli..
blk Kedah, wajib beli ikan pekasam! bnyk2 ikan pekasam, ikan pekasam kat Jitra jer la yg menjadi pojaan hatikuuu. ikan pekasam lain mmg tak leh lawan la. Kalo dulu arwah Wan yg slalu bwk kalo dia dtg KL.. now, dah tak de sape nk tlg bwk.. :(
Pastu.. pi Penang.. nak cari jeruk.. hehehe
Pastu pi CH, nk beli segala benda yg ada kaitan ngan strawberry (nak balas dendam, sbb time ngidam ari tu tak dpt. ngeh ngeh ngeh...)

harap2 perjalanan kami pegi & blk dlm keadaan selamat.. aminnn

Wednesday, April 28, 2010

::. Senyuman Menawan .::

Tajuk entry.. tak agak2. ekeke...
menawan ke senyuman ku ini??
ekceli kene tag lagi.. sape lg yg rajin bg tag, kalo bukak Kak Leily ku cyg.. ngeh ngeh ngeh..

Kak Leily buat sbb nak masuk contest..
i malu ler, tetiba nk terjah masuk contest tu. hehe..
so, just siapkan tag jer la ye..
kene tempek senyuman yg paling menawan..


tak de la menawan mana pun kan?? ala2 senyuman malu2 meow. jgn tak tau.. time ni tgh cover, sbb amik gambo sndiri kat meja opis. kang org opis nampak, buat kene kutuk jer.. kui kui kui..

Tuesday, April 27, 2010

::. My Latest Power Puff Girls .::


Nur Khadeeja Aisya..
bukan main kuat melaram anak dara sorg ni.. time amik gambo ni, nak kuar beli brg kat Giant.. mama dia tgh mandi, dia bleh sakan bersolek.. dgn sapu eye shadow, dgn pakai lip gloss.. huhu.. tp ye la kan.. mana tumpah kuah kalo tak kat nasik.. hehe
so far, dah 2 tahun dia masuk tadika, bnyk improvement la jugak. dah buleh membaca, dh buleh mengira, dah buleh speking2 even grammar ntah ke mana. ekeke.. tak pe.. practise make perfect.


Nur Wafa Humaira..
ni pun bleh tahan kuat mekap gak. mana taknye, asik follow kakak dia jer. rambut tu since lahir tak penah potong. bnyk kali gak ajak dia potong rambut.. tp kejap jer la setuju. tak smpai 5 minit dia tukar fikiran blk. huhu.. tgk rambut dia, mmg sayanggg nk potong. curly dia tu best jer tgk. tp.. dia ni susah la sgt nk ikat rambut. huhu..
lg 1, sgt la manja ini budak. even dah ada adik, tp still bahasakan diri dia adik. kalo panggil dia dgn nama lain, mula la merajuk. (huhu.. dia jugak sgt kuat merajuk). thn ni genap 4 tahun, pelat tu still ada.. tp pelat2 dia tu la yg buat best nk melayan dia ckp. haha..


Nur Husnaa Nafeesa...
dak bambam ni plak.. time amik gambo ni genap umo dia 5 bulan. kalo letak, memanjang la meniarap.. pstu dok undur ke belakang. org pi depan, dia pi blakang. hehe..
minum susu dh pndai memilih.. kekadang tak nak susu saje, kene campo farly rusk baru dia nk minum. kecik2 pun akal dah banyak.. pastu sokmo nak ada org dekat ngan dia.. tgk tak de org jer, mula la bising mulut tu. tunggu la dia besar skit.. 1 geng la jugak nnt dengan kakak2 dia tu. huhu..

::. Peringatan Diri .::

Terbaca entry ni kat blog Kak Leily .. sgt berguna utk muhasabah blk diri sndiri. Lagipun sharing is caring kan.. (^_^)

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

Beratkan?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN??

Suami ..
kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh membantu.
Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebihpanjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak..
seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita
boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
sembahyang 5 waktu, puasa dibulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki
perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki,

tetapi ingatlah wahai lelaki..
kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...
maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..
supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

Monday, April 26, 2010

::. Segmen Selongkar from Kak Leily .::

yeay! dpt lg tag. haha.. suka tul.. bukan ape, bleh ar jd modal nk update blog. ngeh ngeh ngeh.. sementara bos takde, diri pun dah maleh nk ngadap keje, bleh ar buat..
amacam kak Leily?? pantas tak? ekeke..

rupe henbeg yg di bawak ari ni.. murah jer.. from sembonia. beli time sales kat sogo. ^_^


isi kandungan dia...


wallet from carlo rino.. kira wallet rasmi ler tuh. isi segala jenis kad.
yg bunga2 tu wallet tak rasmi. cap ayam.. utk bwk kuar time lunch, isi duit, henpon, dgn pass entry bangunan.


segala jenis sampah sarap. resit minyak, slip bank, resit tesco, giant, etc.. huhu


pass keje, pass entry nak naik bangunan nih, n kunci kete CLK ku..


buku nota ada 2, penanda buku ada 3, and novel yg sedang dibaca.. asik ler angkut ke hulu ke hilir novel tuh. abisnye blum jugak. kalo dulu sehari jer skali ngadap. skang ni sbulan pun susah. huhu..


bedak, lipstik, skaf, sikat, getah, tissue, pen.. sepit2 yg pink kaler tu si wafa pnye ye.. camno ntah bleh sesat. ekeke..


pendrive, tiger balm (benda wajib, sbb slalu sgt sakit kpla), gula2 n jamu (hehe.. jamu ni kebetulan dpt ari nih)

dh abis amik gambo nih, baru perasan ada brg tetinggal.. sbotol one drop perfume 'eternity' ngan skeping kotex. ngeh ngeh ngeh...

ha, lg 1.. gambo henpon pun tak dpt nk snap, sbb tgh gunakn khidmat dia utk snap gambo2 sume nih. tp pakai tepon sony K800i jer pun.. ( bile la impian ku nak tercapai nih.. Satio dh melambai2 suh amik dia. haha..)

sekian la dulu...

nota kaki : to kak Leily.. kalo rasa2 nk bg tag lg, saya sedia menerimanya.. hik hik hik =)